Ikuti Kami:

“Saya Puas Hati Orang Suka” – Yoo Insoo Pilih Adegan Paling Bermakna Dalam ‘All Of Us Are Dead’

“Saya Puas Hati Orang Suka” – Yoo Insoo Pilih Adegan Paling Bermakna Dalam ‘All Of Us Are Dead’

Dalam temu bual baru-baru ini, bintang meningkat naik Yoo In-soo bercakap tentang pengalamannya bekerja di “All Of Us Are Dead”, adegan paling bermakna dalam drama itu dan banyak lagi!

Yoo In-soo pertama kali membuat penampilan sulung lakonannya pada tahun 2017 dalam drama popular “Strong Woman Do Bong Soon”, diikuti dengan penampilan dalam “School 2017”, “Life”, “My ID Is Gangnam Beauty,” “Moments of 18” dan terbaru, “At a Distance, Spring Is Green”. Mengenai persiapannya bagi drama “All Of Us Are Dead”, Yoo In-soo berkongsi,

Seronok sangat untuk berlakon seperti ini sekarang, tetapi ada juga sebahagian daripada saya yang berasa tidak selesa. Saya bukan dari jurusan lakonan, dan saya hanya belajar lakonan dengan pergi ke set penggambaran sebagai pelakon latar, dan hanya menonton pelakon berlakon. Oleh itu, lebih banyak detik apabila saya berasa ragu, atau tidak selesa tentang lakonan saya daripada saat di mana saya berasa yakin dengannya.

Ketika membincangkan soal wataknya dalam rancangan itu, pelakon itu mengakui bahawa dia tidak menyangka dia akan dapat memegang watak itu. Dia berkata,

Apabila saya membaca webtoon, saya fikir dia adalah watak yang menarik, tetapi saya tidak pernah membayangkan saya akan melakonkan watak itu. Saya fikir, ‘Pelakon yang memegang watak Gwi-nam akan mempunyai banyak tekanan’. Jadi apabila saya dilakonkan sebagai Gwi-nam, saya benar-benar terkejut dan saya juga sangat risau.

yoo insoo all of us are dead

Apabila diminta untuk memilih adegan yang paling diingati olehnya, Yoo In-soo menjawab,

Adegan di mana saya keluar selepas menjadi zombi. Bukan kerana saya fikir ‘saya melakukannya dengan baik’ selepas saya selesai penggambaran adegan itu, tetapi kerana pada masa saya berlakon, saya sebenarnya merinding. Jadi saya sangat terikat dengan adegan itu, dan saya berpuas hati kerana orang di sekeliling saya mengatakan bahawa saya meluahkannya dengan baik dalam drama dan ia keluar dengan baik.

Lakonannya yang hebat, serta dapat pengiktirafan dari penonton seluruh dunia, telah berjaya menambah keyakinan dalam dirinya. Menurut Yoo In-soo,

Saya telah mendapat banyak keyakinan dalam lakonan saya selepas projek ini. Saya rasa seolah-olah beberapa perkara yang saya fikirkan dan ragu-ragu telah diselesaikan.

yoo insoo

Harap-harap Yoo In-soo akan berlakon lebih banyak lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...