“Saya Popular Dalam Kalangan Lelaki Homo..” – Kim Jongkook
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sudah pun menjangkau usia 46 tahun, pastinya peminat menantikan berita gembira mengenai kehidupan Kim Jong-kook.
Artikel Berkaitan
Terbaru, lelaki berbadan sasa itu mendedahkan bahawa dia popular dalam kalangan lelaki gay menerusi episod terbaru “Problematic Child In House”.
Kisah bermula apabila selebriti Hong Seok-chun yang mengakui bahawa dia menyukai lelaki mendedahkan pasangan idamannya dalam kalangan hos program itu. Pertamanya Min Kyung-hoon dan apabila meningkat usia, dia mula menyukai lelaki berbadan seperti Kim Jong-kook.

Kata lelaki itu, Kim Jong-kook sangat popular dalam kalangan lelaki yang meminati kaum sejenis.
Jong-kook kadang-kadang datang ke kedai saya dan sangat popular dengan orang seperti saya. Dia pastinya popular di Amerika Syarikat juga.
Jawabnya,
Bukankan suasana sosial kini berbeza dengan sekarang? Saya tak terasa apa sekiranya lelaki dengan orientasi itu menyukai saya.

Bahkan dia mengakui bahawa ada lelaki gay yang menunjukkan minat di pusat senaman.
Lelaki dengan orientasi ini selalu mengajak saya bersenam bersama untuk mengorat saya. Saya tak tipu.
Popular betul Kim Jong-kook.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




