Ikuti Kami:

“Saya Pernah Mimpi Diorang..” – Hwang Inyoup Akui BLACKPINK Bawa Tuah Buat Dirinya

“Saya Pernah Mimpi Diorang..” – Hwang Inyoup Akui BLACKPINK Bawa Tuah Buat Dirinya

Hwang In-youp tak dinafikan semakin dikenali ramai menerusi wataknya dalam “True Beauty”.

Terbaru menerusi saluran YouTube Hye-ri, Hwang In-youp telah tampil sebagai tetamu untuk bercakap tentang salah satu projek hitnya iaitu “True Beauty”.

Pada awalnya, pelakon itu menyatakan bahawa dia telah meletakkan banyak usaha untuk uji bakatnya buat drama tersebut. Luahnya,

Saya melalui tiga pusingan dan penantian itu sangat mencabar. Apabila masa berlalu, saya tidak dapat mengelak dari berfikir ‘Mengapa mereka tak telefon saya balik?’

Sambung Hwang In-youp lagi,

Pada masa itu, BLACKPINK keluarkan lagu baru mereka dan saya dengarnya berulang kali semasa menuju ke penggambaran. Pada satu malam, saya bermimpi di mana ahli BLACKPINK menekan loceng pintu rumah saya dan bila saya buka, mereka masuk dan bertepuk tangan untuk mengucapkan tahniah kepada saya.

hwang inyoup

Selepas lelaki itu terjaga dari tidur, agensinya terus memaklumkan bahawa dia telah lulus uji bakat untuk “True Beauty”. Katanya,

BLACKPINK adalah tuah bagi saya. Saya tak pernah jumpa mereka tapi saya sentiasa sokong mereka dengan sepenuh hati. Bila saya gementar, saya akan memainkan lagu ‘How You Like That’ secara berulang.

Wuuu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...