Ramai pasti sudah mengetahui tentang watak peguam autisme yang dibawa oleh Park Eun-bin dalam “Extraordinary Attorney Woo”.

Seperti wataknya Woo Young-woo, Park Eun-bin juga merasakan bahawa ada babak yang berat untuk dilakukan dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Kongsi pelakon itu dalam temu bual yang dilakukan,
Adegan yang paling sukar ialah waktu percubaan pertama di mahkamah.
Kemudian, Park Eun-bin mendedahkan perkara yang membuatkan adegan itu begitu rumit untuk dipersembahkan. Jelasnya,
Saya memerlukan banyak masa untuk membiasakan diri dengan menyebut bilangan baris yang saya ada ketika percubaan di mahkamah. Walaupun saya mempunyai banyak skrip tentang ikan paus dan undang-undang dengan kerap namun, ada tanggungjawab tertentu yang dipegang Young-woo apabila di mahkamah.
Selain itu, Park Eun-bin juga berkongsi bahawa dia mengambil masa untuk memahami gerak isyarat Woo Young-woo untuk semua adegan disatukan. Menurutnya,
Sekarang saya sudah terbiasa dengan Young-woo, dan saya ok hidup sebagai Young-woo. Tetapi pada mulanya, saya bukan sahaja perlu menghafal skrip tetapi juga perlu melakonkan gerak badan. Terdapat banyak perkara yang perlu saya tangani. Jadi itu adalah tugas utama saya.
Tonton temu bual penuh Park Eun-bin di atas!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.