Ikuti Kami:

“Saya Perlu Berhati-Hati Menjawab” – Park Seojoon Kongsi Saat Terima Lamaran Marvels

“Saya Perlu Berhati-Hati Menjawab” – Park Seojoon Kongsi Saat Terima Lamaran Marvels

Rasanya semua mengetahui bahawa Park Seo-joon bakal muncul dalam filem Marvel nanti kan?

Sudah pun menjalani penggambaran, pelakon lelaki itu telah menjalani sebuah temuramah bersama media British bagi berkongsi cerita mengenainya,

Semasa pertama kali saya mendengar Marvel Cinematic Universe mahu bercakap dengan saya, saya tak percayakannya. Sama ada saya menjalani penggambaran di Korea ataupun luar negara, semuanya ialah cabaran buat saya. Jadi, saya berasa gementar pada awalnya. Tapi semua orang sangat membantu dan mengalu-alukan kedatangan saya, lantas saya mampu menyesuaikan diri dengan cepat.

park seojun

Khabarnya Park Seo-joon akan membawa watak hero remaja ‘Amadeus Cho’ di dalam “Captain Marvel 2”. Namun disebabkan klausa kerahsiaan dalam kontrak, pelakon itu dilihat menutup mulut mengenainya,

Saya hanya mahu berhati-hati mengenai soalan berkaitan Marvel.

Park Seo-joon juga meluahkan rasa gembira kerana berlakon di dalam “Itaewon Class” semasa naskhah Korea sedang menjadi perhatian di seluruh dunia. Disebabkan itu, dia berjaya meraih ramai peminat luar negara.

Dalam pada itu, Park Seo-joon sudah pun ke Hungary pada 3 Mac lalu bagi menyertai penggambaran filem “Dream” bersama IU.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...