Ikuti Kami:

“Saya Perhati Je..” – Jeon Doyeon Dedah Jumpa Ramai Pelakon Baru Kurang Ajar Di Set

“Saya Perhati Je..” – Jeon Doyeon Dedah Jumpa Ramai Pelakon Baru Kurang Ajar Di Set

Sudah berbelas tahun berlakon, Jeon Do-yeon pastinya telah menemui pelbagai jenis orang dalam industri.

Baru-baru ini, Jeon Do-yeon telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan YouTube Jung Jae-hyung dan berborak tentang pelbagai topik.

Dalam siaran itu, Jeon Do-yeon ada bercakap tentang hubungannya dengan pelakon junior ketika di set. Katanya,

Walaupun kami ada hubungan senior-junior, kami hanya rakan sekerja di set. Itulah cara saya melihatnya. Saya cuba menghormati mereka dan sebagai balasan, mereka menghormati saya.

Bagaimanapun, wanita itu mengaku bahawa ada juga pelakon junior atau hoobae yang kurang ajar,

Saya tak berkata apa-apa kalau mereka bersikap kasar. Saya hanya memerhatikan mereka atau bercakap tentang mereka di belakang. Tapi, ini perkara biasa kan?

Dedah Jeon Do-yeon lagi,

Apabila saya berada di set, saya akan lebih fokus pada kerja berbanding memberi perhatian kepada pelakon lain. Tetapi..saya harus katakan bahawa ada agak ramai pelakon hoobae yang kurang ajar di luar sana.

Omo, siapalah tu agaknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...