Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun sejak Jang Na-ra berkahwin dengan pilihan hatinya.
Baru-baru ini dalam program “My Little Old Boy”, Jang Na-ra telah berkongsi kisah romantik dan detik perkenalan bersama dengan suaminya, yang enam tahun lebih muda daripadanya.
Pelakon itu mendedahkan,
Saya jumpa suami saya semasa rakaman drama ‘VIP’ pada 2019. Drama itu berjaya dan saya akhirnya bercinta dan berkahwin dengannya.
Kemudian, wanita itu mengaku bahawa dia yang mendekati suaminya terlebih dahulu dan bercerita,
Selepas penggambaran, saya perasan bahawa suami saya muncul di latar belakang beberapa gambar yang saya ambil. Saya hantar salah satu gambar itu kepadanya dan memulakan hubungan dengannya. Sejak itu, saya terus menghubunginya tanpa henti.
Sambung Jang Na-ra lagi,
Dia pernah memberitahu saya dia seronok bekerja dengan rakan sekerja yang hebat di set dan menyebut betapa baiknya mereka. Pada ketika itulah saya mengaku perasaan saya dan berkata kepadanya ‘Saya suka awak’.
Semoga terus berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.