“Saya Penat” – Hyuna Mahu Berhenti Jawab Tentang Kekasih, Dawn
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Bukan lah satu perkara yang asing lagi, jika kita dapat lihat Hyuna sering dilihat bersama Dawn sejak dari awal percintaan mereka. Namun, Hyuna baru-baru ini berkata dia sudah ‘penat; berkongsi mengenai Dawn. Kenapa eh…
Artikel Berkaitan
Rancangan hiburan “My Alcohol Diary” yang diacarakan oleh Young-ji sering menampilkan beberapa idola dan melakukan perkara-perkara yang seronok di samping berbual secara santai. Dalam episod ke-8, Hyuna tampil sebagai tetamu Young-ji dan mereka juga bertukar hadiah antara satu sama lain.
Hyuna meluahkan rasa terujanya dapat lepak bersama Young-ji kerana dia sangat jarang melakukan perkara sebegitu. Lalu Young-ji bertanya,
Kenapa unnie? Ke sebab unnie selalu sangat dengan Dawn?
Hyuna pun membalas,
Ya… saya rasa setengah daripada waktu dalam hidup saya dihabiskan dengan Dawn. Saya juga ‘penat’ menjadi orang yang setiap masa perlu memberi jawapan mengenai kami. Kalau awak nak tahu apa-apa, hubungi Dawn terus lah…
Young-ji tertawa mendengar jawapan itu dan dia tidak menyangka ia sebenarnya satu perkara yang memenatkan.
Tapi maksud Hyuna tu, bukanlah dia dah penat dengan hubungan mereka… mungkin Hyuna sering ditanya soalan sebab Dawn introvert sangat?
Mana la tahu kan…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




