Ikuti Kami:

“Saya Peminat” – Meski Ada Yang Tak Setuju, Ini Komen Aina Abdul Jadi Artis Pembukaan Untuk Konsert Ailee

“Saya Peminat” – Meski Ada Yang Tak Setuju, Ini Komen Aina Abdul Jadi Artis Pembukaan Untuk Konsert Ailee

Pada tahun ini, akan ada banyak artis Korea yang akan datang ke Malaysia!

Bagi yang belum tahu, penyanyi solo popular Korea Selatan iaitu Ailee akan melakukan konsertnya “I AM: Here” yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

Untuk pengetahuan, Aina Abdul juga akan tampil membuat persembahan pembukaan untuk konsert tersebut, meraih perhatian ramai.

Meskipun ramai yang teruja namun, ada juga yang tidak begitu gembira akan kemunculan penyanyi “Jangan Mati Rasa Itu”. Setelah pelbagai komen dibuat orang ramai, Aina Abdul sendiri telah tampil memberi penjelasan mengenai penampilannya,

Walaupun saya tak pernah jumpa beliau, bila saya dengar nyanyian dia, kesusahan hidup dia, saya rasa dia seperti kakak saya. Saya banyak belajar teknik nyanyian darinya, tengok video dia. Saya seorang peminat.

Sambungnya lagi dengan berkongsi mengenai persembahannya nanti,

Slot Aina tak pasti lagi, tapi dalam 3 lagu je kot. Untuk konsert Ailee ini, saya akan datang dengan simple sahaja. Saya akan mewakili peminat Ailee di Malaysia, untuk memberitahu yang kita sayangkan dia dan ingin menjemput dia, kerana ini kali pertama dia datang ke sini selepas beberapa tahun.

Haa korang dah beli tiket ke tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...