Ikuti Kami:

“Saya Peminat Dia..” – Jo Jungsuk Kongsi Detik Kali Pertama Jumpa Isteri Tersayang, Gummy

“Saya Peminat Dia..” – Jo Jungsuk Kongsi Detik Kali Pertama Jumpa Isteri Tersayang, Gummy

Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah 6 tahun Jo Jung-suk dan Gummy berkahwin.

Baru-baru ini, Jo Jung-suk telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jung Jae-hyung. Dalam siaran itu, Jo Jung-suk menceritakan tentang kali pertama dia berjumpa isterinya, Gummy,

Kami berjumpa di luar. Ketika saya melakukan muzikal Hedwig’, Young-ji dari Bubble Sisters memainkan watak Yitzhak. Dia yang kenalkan kami.

Sambungnya lagi,

Satu hari, Young-ji telefon saya dan berkata ‘Oppa, saya bersama rakan saya, Gummy, sekarang. Belikan kami minuman!’. Pada masa itu, saya sedang berborak dengan kawan-kawan tetapi saya nak sangat jumpa Gummy. Jadi saya bertanya kepada mereka ‘Young-ji dan Gummy mahu menyertai kita, bolehkah?’. Mereka menjawab ya, ajaklah mereka.

Kongsi Jo Jung-suk lagi,

Saya peminat Gummy sejak debut jadi saya nak sangat dia datang. Itulah kali pertama kami jumpa dan akhirnya berhubung semula selepas sekian lama. Dia mempunyai jiwa yang murni.

Suka betul tau tengok pasangan ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...