Ikuti Kami:

“Saya Peminat Awak” – Go Younjung Sokong Lee Jaewook Di Set Drama ‘Royal Leader’

“Saya Peminat Awak” – Go Younjung Sokong Lee Jaewook Di Set Drama ‘Royal Leader’

Meskipun drama “Alchemy of Souls” sudah lama tamat, persahabatan antara Lee Jae-wook dan Go Youn-jung masih kekal utuh sehingga kini.

Terbaru, Go Youn-jung telah memberi sokongan buat Lee Jae-wook, dengan menghantar trak kopi di set penggambaran dramanya “Royal Leader”.

Di Instagram Story, Lee Jae-wook meluahkan rasa terima kasihnya pada pelakon wanita itu dengan menulis,

Buyeon-ie…!!!!!!!!!!!! (nama watak Go Youn-jung dalam ‘Alchemy of Souls’)

go younjung lee jaewook

Selain itu, Go Youn-jung juga turut memberikan biskut madu kegemaran lelaki itu dan meninggalkan ucapan,

Saya peminat Lee Jae-wook..

Sementara itu, “Royal Leader” yang diterajui Lee Jae-wook, Lee Joon-young dan Hong Su-zu akan menggambarkan perebutan kuasa keluarga chaebol dan konfrontasi menarik antara sudu kotor dan sudu emas yang akan berlaku.

Supportive sangat Go Youn-jung kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...