Ikuti Kami:

“Saya Patut Lebih Bersungguh-Sungguh” – Kyungri Ulas Isu Tak Sengaja Cium Seo Kangjoon

“Saya Patut Lebih Bersungguh-Sungguh” – Kyungri Ulas Isu Tak Sengaja Cium Seo Kangjoon

Kalau nak tahu, banyak program hiburan Korea dahulu bertemakan pencarian cinta antara pasangan selebriti.

Antara yang mendapat perhatian ramai ialah “Match Made In Heaven Returns” di mana ia bersiaran pada 2015 dan disertai selebriti seperti Kyungri 9Muses, Hani EXID, Nicola KARA, Seo Kang-joon dan ramai lagi.

Terbaru, Kyungri yang menjadi tetamu “I Am Solo: Love Continues” telah meluahkan rasa kesal kerana tidak bersungguh-sungguh semasa berpasangan dengan Seo Kang-joon di dalam rancangan itu,

Saya tak tahu kenapa saya pasif sangat pada ketika itu, saya sepatutnya lebih aktif.

kyungri seo kangjoon

Walaupun sudah 8 tahun berlalu, namun satu babak antara Kyungri dan Seo Kang-joon yang terus tular hingga kini ialah apabila mereka tanpa sengaja bercium semasa permainan memindahkan kertas dari mulut ke mulut.

Meskipun cuba mendekati lelaki itu pada awalnya, namun Kyungri kemudian menunjukkan minat pada peserta lelaki lain dan berjaya menjadi pasangan dengan calon baru tersebut.

Korang pernah tengok tak program tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...