Pelakon Han Sun-hwa menyatakan hasratnya untuk berkahwin.
Pada episod terbaru rancangan hiburan tvN “Work Later, Hike Now” yang disiarkan pada 18 Februari, Han Sun-hwa, Jung Eun-ji, Lee Sun-bin dan Choi Si-won yang merupakan para pelakon dari drama “Work Later, Drink Now” duduk bersama sambil berborak soal perkahwinan. Han Sun-hwa awalnya bertanya kepada Si-won,
Bila awak nak tetapkan saya untuk temu janji?
Sebagai tindak balas, Choi Si-won menjelaskan,
Ada seseorang di sekeliling saya yang sukakan awak. Dia berkata bahawa dia sangat suka gaya seperti Sun-hwa. Saya berkata saya akan bertanya kepadanya sekali lagi, tetapi sebenarnya saya fikir dia tidak begitu berminat.
Apabila mendengar kata-kata Choi Si-won, Han Sun-hwa menjawab,
Saya berumur 33 tahun. Saya patut kahwin sekarang.
Han Sun-hwa mengaku,
Jumlah rakan yang berkahwin telah meningkat dengan ketara. Malahan, saya berusia 32 tahun sebelum menjalani penggambaran ‘Work Later, Drink Now’. Pada masa itu, semua rakan di sekeliling saya telah berkahwin, jadi saya juga mempunyai banyak kerisauan seperti ‘Perlukah saya membina keluarga?’, ‘Adakah saya perlu berkahwin segera?’
Si-won kemudiannya memberikan kata-kata semangat buat Han Sun-hwa,
Saya rasa Sun-hwa akan lakukan yang terbaik jika dia berkahwin.
Semoga cepat sampai jodoh buat Han Sun-hwa.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.