Ingat ke dah habis, rupanya ada banyak lagi benda yang didedahkan oleh Lee Jin-ho berkaitan mendiang Kim Sae-ron.
Terbaru pada 22 April, YouTuber Lee Jin-ho telah memuat naik video baru, mendedahkan rakaman suara terakhir Kim Sae-ron sebelum dia meninggal dunia.
Pada awalnya, lelaki itu memberitahu bahawa mendiang telah menerima rawatan psikiatri dan beberapa kali pernah cuba untuk mencederakan diri, serta dikejarkan ke bilik kecemasan lebih daripada 20 kali.
Menerusi rakaman audio panggilan telefon Kim Sae-ron dengan rakannya, pelakon itu berkata,
Tiada apa-apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi teman lelaki saya menunjukkan kepada saya video YouTube tentang bomoh yang menilik nasib saya. Mereka semua berkata saya jahat, sepatutnya dah mati dan masa saya telah berhenti.
Sambungnya lagi dengan nada sedih membuatkan ramai lebih emosi,
Mereka terus mengatakan saya bunga layu yang tidak boleh mekar lagi dan saya mementingkan diri sendiri.
Meskipun banyak dakwaan telah dibuat, masih belum ada pengesahan lagi sama ada memang benar rakaman itu adalah suara Kim Sae-ron.