Ikuti Kami:

“Saya Nak Jadi Pelakon Yang Dipercayai..” – Park Bogum Kongsi Mahu Sahut Cabaran Baru Pada 2023 

“Saya Nak Jadi Pelakon Yang Dipercayai..” – Park Bogum Kongsi Mahu Sahut Cabaran Baru Pada 2023 

Peminat pasti tahu bahawa Park Bo-gum baru saja dilantik sebagai duta global kepada jenama mewah ‘CELINE’.

Terbaru, Park Bo-gum telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar Korea, menggayakan pakaian dari ‘CELINE’.

Ketika sesi temu bual yang dilakukan selepas penggambaran, Park Bo-gum berkongsi mengenai azamnya untuk tahun 2023 nanti.

Pelakon itu berkata pada awalnya,

Saya mahu merasai dan menerima setiap detik kecil yang mungkin saya rindui dan berlalu begitu sahaja, tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan dan menjadikannya milik saya sendiri. Seperti istilah muzik ‘adagio’, yang bermaksud perlahan dan tenang, saya rasa itulah kelajuan saya sekarang.

park bogum

Kemudian, Park Bo-gum turut berkongsi azamnya iaitu untuk menjadi seorang pelakon yang boleh dipercayai pada masa hadapan,

Jika 2022 adalah tahun batu loncatan, saya harap 2023 akan menjadi tahun dengan cabaran baru. Terdapat gelaran yang orang berikan kepada beberapa pelakon seperti ‘pelakon yang boleh dipercayai’. Dan saya juga ingin mendengar perkara seperti, ‘Saya menonton semua yang ada Park Bo-gum kerana projeknya sentiasa bagus. Dia seorang pelakon yang boleh dipercayai’.

Bila Park Bo-gum nak berlakon drama baru ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...