Utama Drama Korea “Saya Nak Jadi Pelakon Macam Haein” – Bintangi ‘Snowdrop’, Kim Minkyu Puji...

“Saya Nak Jadi Pelakon Macam Haein” – Bintangi ‘Snowdrop’, Kim Minkyu Puji Lakonan Jung Haein

kim minkyu jung haein

Kim Min-kyu ialah salah seorang pelakon yang sedang menjadi perhatian kini.

Sedang membintagi drama popular adaptasi webtoon “A Business Proposal” sebagai Cha Sung-hoon iaitu setiausaha kepada Kang Tae-moo (Ahn Hyo-seop), Kim Min-kyu ialah pelakon yang sedang meningkat naik dek lakonannya yang hebat dan penampilannya yang kacak. Sebelum ini, Kim Min-kyu juga telah menjadi perbualan dalam kalangan peminat K-Drama dengan wataknya sebagai Joo Gyeok-chan dalam “Snowdrop”, salah seorang dari kumpulan Korea Utara.

Pada 23 Mac, Kim Min-kyu telah membuat penampilan di program radio SBS Power FM ‘Park Ha-sun’s Cinetown’ sebagai tetamu. Semasa berborak, Kim Min-kyu ditanya soalan,

Pelakon senior yang manakah awak ingin bekerjasama? Sila pilih satu sahaja.

kim minkyu

Kim Min-kyu menjawab,

Saya mahu bekerjasama dengan Hae-in hyung, yang telah saya bekerjasama dengannya dalam projek sebelum ini (‘Snowdrop’). Setiap kali saya melihat Hae-in hyung saya rasa dia seorang pelakon yang sangat hebat. Apabila saya semakin berkembang dan mendapat lebih banyak pengalaman, saya mahu menjadi seorang pelakon seperti Hae-in. Saya mahu bekerja dengannya sekali lagi.

Selain itu, Kim Min-kyu juga turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada Jung Hae-in kerana menghantar trak makanan ke set penggambaran drama “A Business Proposal”.

Semoga dapat lihat mereka berlakon dalam satu drama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald Pop
Loading...