Ramai katanya yang rindu Jeon So-min kan?
Selepas meninggalkan “Running Man” pada Oktober 2023 dan agensinya minggu lalu, ramai yang khuatir mengenai karier seni wanita itu.
Hal ini kerana, Jeon So-min lebih senang menjauhkan diri dari pandangan umum selain hanya kadang kala memuat naik foto dirinya di Instagram.
Mungkin dapat merasai kerisauan peminat, Jeon So-min dilihat memuat naik Instagram Story dengan ayat,
Saya baik-baik sahaja.
Balas peminat,
Saya mahu dia kembali sebagai pelakon dari sebagai penghibur. Tapi saya bahagia melihatkan dia gembira menghabiskan masa rehatnya.
Yang penting Jeon So-min bahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.