Kalau anda perasan, Jessi sering meluahkan keinginan untuk mempunyai anak sendiri sebelum ini.

Terbaru, wanita itu sekali lagi menyatakan hasratnya ketika muncul sebagai tetamu dalam program “Superman Returns” dalam segmen Sayuri dan anaknya, Zen.
Kisah bermula apabial Sayuri bertanya,
Saya nampak gambar awak bersama bayi di media sosial dan awak menjaganya dengan baik. Awak nak ada bayi ke?
Balas Jessi,
Mestilah, sebab itu saya mahu membekukan sel telur.
Terkejut mendengar jawapan Jessi, jawab Sayuri,
Awak patut bekukan telur semasa setahun lebih muda.
Malah Jessi kelihatan seronok bermain dengan Zen meskipun kanak-kanak itu malu dengannya,
Kanak-kanak sangat sukakan saya, jadi saya banyak memberi kepada mereka. Mulanya, saya akan membuat tidak tahu dan kemudian mereka akan perlahan datang kepada saya.
Tambahnya,
Walaupun penat bermain dengan mereka. Saya berasa seronok dan gembira kerana bayi adalah sangat naif.
Nampak betul Jessi sayangkan budak-budak.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.