Ikuti Kami:

“Saya Mungkin Kahwin Tahun Depan..” – Sandara Park Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

“Saya Mungkin Kahwin Tahun Depan..” – Sandara Park Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Adakah Sandara Park akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi?

Terbaru pada 9 Ogos, program “Radio Star” telah berkongsi trailer untuk episod akan datang, menampilkan Park So-hyun, Park Hyo-joo, Sandara Park dan LeoJ.

Khususnya dalam video itu, Sandara telah membuat pengakuan mengejut dengan berkata,

Kini, saya makin serba boleh soal cinta. Sekarang saya adalah pakar temu janji. Saya rasa saya mungkin boleh kahwin tahun depan.

Terkejut mendengar luahan wanita itu, Park So-hyun terus bertanya,

Bukankah awak berkata yang awak tidak akan berkahwin sebelum ini?

Respon Sandara,

Ah, saya akan tarik balik kata-kata itu sekarang.

Untuk pengetahuan, sebelum ini ahli 2NE1 itu pernah memberitahu bahawa dia memutuskan untuk kekal bujang kerana ramai orang di sekelilingnya yang gagal dalam perkahwinan.

Semoga Sandara akan dapat jumpa pasangan yang sesuai buatnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...