Ikuti Kami:

“Saya Mungkin Dikecam Tapi Saya Tak Yakin Dengan Wajah Sendiri” – Han Sohee

“Saya Mungkin Dikecam Tapi Saya Tak Yakin Dengan Wajah Sendiri” – Han Sohee

Sejak menempa nama menerusi “The World Of The Married”, pelakon Han So-hee terus menjadi rebutan ramai hingga kini.

Bukan sahaja kerana bakat lakonan yang versatil namun wajahnya yang unik turut menjadi faktor dia ambil berlakon selain diminati ramai penonton tak kira lelaki dan perempuan.

Tapi kongsi wanita itu menerusi sebuah temubual baru-baru ini bersama sebuah majalah, dia merasa tidak yakin dengan wajahnya sendiri.

han sohee

Ulasnya mengenai soalan peminat yang berasa tidak yakin dengan penampilannya,

Saya mungkin akan dikecam tapi saya berasa rendah diri dengan beberapa bahagian wajah sendiri. Saya melakukan kerja yang di mana saya perlu menekan kompleks tersebut, jadi saya sering menyembunyikannya daripada pandangan umum. Penampilan tak sepatutnya menjadi pengukur kepada tahap keyakinan diri.

han sohee

Tambahnya lagi,

Saya berasa sekiranya awak terlalu fokus dengan penampilan apabila meningkat usia, dalam awak akan runtuh. Saya cuba meluangkan masa dengan perkara yang dapat mengisi hati saya. Saya berasa bahawa penampilan hanya lah luaran sahaja.

Betul kan kata Han So-hee?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...