Ikuti Kami:

“Saya Miskin Dulu..” – Luah Perasaan Syukur, Ma Dongseok Kongsi Detik Awal Pertemuan Dengan Isteri

“Saya Miskin Dulu..” – Luah Perasaan Syukur, Ma Dongseok Kongsi Detik Awal Pertemuan Dengan Isteri

Sukanya tengok kehidupan bahagia Ma Dong-seok bersama isteri tercintanya Ye Jung-hwa kini.

Baru-baru ini, Ma Dong-seok telah terlibat dengan satu temu bual khas, di mana pelakon itu meluahkan rasa syukurnya kerana filem “The Roundup: Punishment” berjaya meraih 10 juta tontonan.

Selain berterima kasih kepada penonton, lelaki itu turut memberi penghargaan buat isterinya dengan berkata,

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya. Ketika isteri saya mula-mula bertemu saya, saya sangat miskin. Pasa masa itu, saya menggunakan bilik yang kecil dan menutup dinding dengan 40 hingga 50 helai kertas A4. Walaupun dia melihat saya miskin, dia banyak menjaga saya.

ma dongseok

Sambung Ma Dong-seok lagi,

Saya dah lama bergelar pelakon tetapi tidak lama kemudian, nama saya dikenali dan keadaan saya makin bertambah baik sikit demi sikit. Saya berterima kasih kepada isteri saya yang telah melindungi saya sejak saya miskin, memberi saya banyak idea dan banyak bantu saya.

Semoga mereka sentiasa berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...