Ikuti Kami:

“Saya Minta Maaf” – Pengarah ‘All Of Us Are Dead’ Respon Babak Eksploitasi Seksual & Lahir Anak Dikecam

“Saya Minta Maaf” – Pengarah ‘All Of Us Are Dead’ Respon Babak Eksploitasi Seksual & Lahir Anak Dikecam

Sejak kebelakangan ini, siri “All Of Us Are Dead” menjadi sebutan ramai dek kepopularitiannya di seluruh dunia.

Meskipun menerima pujian ramai, namun siri zombi berkenaan tidak terlepas daripada menerima kritikan penonton dek beberapa plot yang dianggap tidak sesuai dipertotonkan buat umum selain keterlaluan.

Antara daripada babak yang dipersoalkan itu ialah di mana Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo) dilihat melakukan serangan seksual dengan merakam Eun-ji (Oh Hye-soo) dalam keadaan separuh bogel selain seorang pelajar lain yang melahirkan anak secara berseorangan di dalam tandas sebelum berubah menjadi zombi.

kontroversi all of us are dead

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, pengarah Lee Jae-kyu sempat memberikan sedikit komen mengenai kritikan penonton itu,

Terdapat banyak tragedi yang berlaku dalam masyarakat kita dan kita tiada niat untuk memaparkan insiden berkenaan hanya untuk menarik perhatian penonton. Daripada melihat sosok belakang Eun-ji, meskipun takut didedahkan dan keselamatan nyawa sendiri, awak hanya cuba melaluinya. Saya mahu penonton merasakan betapa kejamnya pemangsa.

Bagi babak di dalam tandas itu pulan, komen Lee Jae-kyu,

Kes seperti Eun-ji kadang-kadang dilaporkan di dalam dunia sebenar namun kehamilan tanpa rancangan sering berlaku dalam realiti kita. Sampai satu tahap, dia terpaksa meninggalkan bayi itu dan bayangan bahawa seorang gadis berusia 18 tahun yang mahu melindungi anaknya menggambarkan keseluruhan cerita.

kontroversi all of us are dead

Tambah pengarah itu,

Sebagai perancang dan pengarah, saya memohon maaf sekiranya mesej yang disampaikan terlalu tidak sengaja atau terdapat pelbagai ketidakselesaan lain.

Dalam pada itu, lelaki itu mengakui bahawa terdapat kesukaran apabila mentransformasikan webtoon kepada format video. Bagi membuatkan penonton berasa lebih teruja, terdapat beberapa perkara yang diubah ke satu tahap.

Dalam siri asal, Na-yeon (Lee Yoo-mi) dan Gwi-nam adalah lebih ganas. Ia juga merupakan lumrah kerja asal itu.

Dalam pada itu, “All Of Us Are Dead” kekal di tempat pertama ranking global Netflix selama 12 hari kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...