“Saya Merayu, Jangan Fikirkan Perkara Buruk”- Perbualan Goo Hara & Abangnya Buat Netizen Hiba

mesej goo hara dan abangnya sentuh hati peminat

Dunia K-Pop masih lagi terkejut dengan pemergian Goo Hara iaitu seorang selebriti popular di Korea. Memulakan kariernya pada usia 17 tahun dengan menyertai KARA sebagai salah seorang ahlinya selepas ahli lama iaitu Kim Sunghee menarik diri daripada kumpulan tersebut. Selepas bergerak solo pada tahun 2015, siapa sangka gadis itu nekad untuk mengambil nyawanya sendiri tanggal 24 November lepas.

goo hara

Meskipun ramai rakan selebriti yang melahirkan rasa sedih dengan pemergian gadis itu, pastinya ahli keluarga yang membesar bersamanya akan berasa lebih sugul lagi. Baru-baru ini, abang kepada Goo Hara telah memuat naik perbualannya bersama adiknya.

mesej goo hara dan abangnya

Abang: “Saya merayu pada awak. Jangan fikirkan benda yang buruk dan sakitkan hati sendiri. Kekal sihat dan apabila masa berlalu, kahwin, ada anak, dan jalani hari-hari awak dengan baik. Apabila awak sedih, menangis sahaja dan luahkan semuanya. Saya sayang awak, adik”

Hara: “Saya sayang awak abang! Jangan risau!”

Abang: “Saya tahu awak mesti bersedih. Saya juga sedang bersedih. Makan makanan yang sedap di Jepun.”

mesej goo hara dan abangnya

Ramai yang menebak perbualan itu berlaku selepas pemergian Sulli yang juga merupakan rakan baik kepada Goo Hara.

Abang: “Saya akan bawa makanan yang sedap untuk awak esok!”

Hara: “Baiklah!”

mesej goo hara dan abangnya

Kebanyakan netizen yang membaca perbualan antara adik-beradik ini merasa hiba. Abang Gu Hara sudah pastinya lagi sedih kerana dia nampaknya seperti sangat rapat dan menyayangi adik perempuannya itu.

Sumber: Koreaboo

Leave a Reply