Ikuti Kami:

“Saya Menyesal Biar Ayah Buat Rawatan Panjangkan Hayat, Tiada Siapa Mahu Laluinya” – Ji Sukjin

“Saya Menyesal Biar Ayah Buat Rawatan Panjangkan Hayat, Tiada Siapa Mahu Laluinya” – Ji Sukjin

Sentiasa kelihatan gembira, Ji Suk-jin baru-baru ini berkongsi kisah sedih mengenai mendiang ayahnya.

Dalam episod “Anti Agym”, Ji Suk-jin bercerita pelbagai masalah yang sekian lama dipendam bersama Park Joon-hyung, Song Young-kyu, Choi Gwi-hwa dan Lee Ho-cheol.

Dedah ahli “Running Man” itu, dia menyesal kerana bersetuju untuk membiarkan mendiang ayahnya menjalani rawatan memanjangkan umur (memberikan bantuan pernafasan kerana tidak boleh bernafas sendiri) sebelum menghembuskan nafas terakhir,

Ayah saya meninggal dunia semasa di hospital. Dia berada dalam kondisi yang baik namun secara tiba-tiba mengalami simptom seperti kesesakan nafas.

ji sukjin

Jelasnya, doktor pada ketika itu bertanya sama ada dia bersetuju sekiranya ayahnya menjalani rawatan memanjangkan hidup meskipun tidak mengerti ianya rawatan apa. Jika tidak, lelaki tua itu mungkin meninggal dunia pada subuh nanti.

Ianya pertama kali melihat mata ayah yang ketakutan ketika membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan itu. Namun, kehidupan selepas rawatan itu bukanlah seperti apa yang diharapkan pesakit. Ayah saya hidup 4 bulan lagi selepas itu tetapi dia mengalami masa yang sukar sepanjang tempoh berkenaan.

Tanya Song Young-kyu,

Adakah awak akan memilih rawatan memanjangkan hidup lagi sekiranya diberi pilihan untuk kembali ke masa itu?

ji sukjin

Ji Suk-jin bertegas,

Tidak.

Selit Song Young-kyu,

Saya akan lakukannya. Dari pandangan anak, saya rasa saya akan cuba membantu ayah saya untuk hidup lebih lama.

Kongsi Park Joon-hyung pula,

Pendapat orang yang terlibat adalah yang paling penting. Bukan kah ia sama seperti saya bersenam meskipun badan saya sedang sakit sekarang?

ji sukjin

Jelas Ji Suk-jin lagi mengenai kemungkinan untuk mendapatkan rawatan itu,

Okay sekiranya memikirkan intubasi untuk keadaan yang tiba-tina seperti kemalangan jalan raya ataupun awak muda kerana ia adalah fungsi rawatan itu. Tapi, saya merasakan awak tak perlu rawatan itu jika ada penyakit jangka lama ataupun berusia.

Sedih dengan cerita Ji Suk-jin..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...