Ikuti Kami:

“Saya Menjerit..” – Akui Pemalu, Ahn Hyoseop Dedah Rasa Janggal Rakam Adegan Romantik

“Saya Menjerit..” – Akui Pemalu, Ahn Hyoseop Dedah Rasa Janggal Rakam Adegan Romantik

Bukan senang kan untuk semua pelakon ni mendalami watak mereka dalam mana-mana projek lakonan.

Baru-baru ini, Ahn Hyo-seop telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Salon Drip 2” dan berbual tentang pelbagai topik.

Ketika sedang berborak, lelaki itu juga mengaku bahawa dia sebenarnya adalah seorang yang pemalu. Katanya,

Saya seorang yang agak pemalu. Disebabkan itu, saya tiada ramai kawan, hanya 4 atau 5 orang yang rapat dan tiada seorang pun adalah selebriti.

Kemudian ketika ditanya bagaimanakah dia membuat rakaman adegan romantik dengan personaliti yang pemalu, Ahn Hyo-seop menjelaskan,

Pada hari-hari awal kerjaya saya, saya pernah menjerit dengan kuat sebelum penggambaran. Saya akan menjerit dan kemudian berkata ‘Jom!’ sebelum memulakan rakaman.

Tambahnya lagi,

Pada mulanya, memang janggal merakam adegan itu tetapi saya beransur-ansur membiasakan diri. Saya memutuskan bahawa jika saya akan melakukannya, saya harus melakukannya dengan bagus. Sejak itu, saya tidak risau sangat mengenainya.

Kalau drama romantik, memang ‘makanan’ Ahn Hyo-seop la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...