Ikuti Kami:

“Saya Menghormati Dia” – Rain Kongsi Kim Taehee Beri Nasihat & Sokong Drama Lakonannya

“Saya Menghormati Dia” – Rain Kongsi Kim Taehee Beri Nasihat & Sokong Drama Lakonannya

Seronok apabila mempunyai pasangan yang sentiasa menyokong kita, betul tak?

Begitu juga dengan Rain yang berkongsi cerita selepas “Ghost Doctor” menamatkan tayangan baru-baru ini.

Menurutnya, keluarga merupakan faktor utama yang membuatkan dia terus ghairah dalam dunia seni,

Saya sebenarnya jarang membaca komen. Kalau drama itu menyeronokkan, maknanya ia menyeronokkan. Isteri dan anak perempuan saya mengatakan bahawa mereka ada menontonnya apabila berpeluang.

rain kim taehee

Tambahnya lagi mengenai Kim Tae-hee,

Kim Tae-hee menyokong ketika penggambaran drama dan memberikan saya nasihat. Saya tidak mendengarnya sambil lewa kerana dia merupakan seorang yang saya hormati. Saya sangat gembira apabila dia memberikan sokongan dan nasihat. Saya juga akan gunakannya ketika berlakon.

Lain pula apabila wanita itu yang berlakon, Rain memilih untuk berkata banyak mengenainya,

Apabila di rumah, kami jarang bercakap mengenai kerja. Kami tak tanyakan satu sama lain secara spesifik mengenai kerja. Masing-masing mempunyai agensi sendiri, jadi saya tak memberikan pendapat yang besar. Tapi saya tetap memberikan perhatian terhadap kerjanya.

rain

Sebab itu mereka merupakan pasangan yang ideal kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...