Ikuti Kami:

“Saya Menangis Tak Berhenti..” – Filem ‘Victory’ Gagal Teruk, Hyeri Luah Perasaan

“Saya Menangis Tak Berhenti..” – Filem ‘Victory’ Gagal Teruk, Hyeri Luah Perasaan

Bukan mudah bagi seorang pelakon apabila naskhah lakonan mereka tidak mendapat sambutan ramai.

Terbaru, Hyeri telah hadir dengan sebuah filem baru bertajuk “Victory ” di mana ia mengisahkan sekumpulan pasukan sorak yang gigih berlatih di era 90-an.

Meski jangkaan tinggi, pencapaian filem tersebut di box office ternyata mengecewakan. Pada hari pembukaannya, “Victory” hanya meraih lebih 36,000 penonton — dan menjelang akhir minggu pertamanya, ia hanya berjaya menarik sekitar 205,000 penonton.

Sehingga 26 Ogos, jumlah keseluruhan penonton filem ini adalah 290,000, jauh daripada 2.5 juta yang diperlukan untuk mencapai pulangan modal.

victory hyeri

Tulis Hyeri dalam satu entri di media sosial miliknya,

Saya menangis tak berhenti kerana saya sangat bersyukur dan tak percaya dengan sokongan yang tulus ikhlas. Sebenarnya, kita semua boleh saling menyalahkan, tetapi kata-kata dorongan itulah yang paling berkesan bagi kami yang sedang berasa bersalah. Sudah begitu lama sejak kali terakhir saya menangis teresak-esak begini, tetapi sebabnya jelas hari ini — kerana saya sangat berterima kasih!

Jelasnya, mungkin mereka terpaksa menghentikan tayangan lebih awal daripada jangkaan namun dia sangat berterima kasih dengan sokongan semua.

Hidup ini seperti roda kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...