Ikuti Kami:

“Saya Menangis” – Park Seojun Dedah Penggambaran Babak Lari Dalam ‘Itaewon Class’ Ambil Masa 5 Jam

“Saya Menangis” – Park Seojun Dedah Penggambaran Babak Lari Dalam ‘Itaewon Class’ Ambil Masa 5 Jam

Pada 9 September, program hiburan yang dinanti ramai iaitu “Youth MT” telah mula ditayangkan.

Bagi yang belum tahu, “Youth MT” ialah rancangan yang menampilkan pelakon-pelakon dari drama “Love in the Moonlight”, “Itaewon Class” dan “The Sound of Magic”. Kesemua mereka akan bersatu semula untuk pergi ke lawatan lapangan kumpulan besar, di mana semua harus terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti bermain permainan, melepak dan meluangkan masa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Dalam episod petama, pelakon “Itaewon Class” iaitu Park Seo-jun, Kwon Na-ra, Ryu Kyung-soo dan Lee Joo-young bersatu semula untuk program ini. Dalam siaran tersebut, mereka berada di dalam kereta, menuju ke satu lokasi. Pada masa ini, Park Seo-jun bertanya,

Saya benar-benar ingin tahu tentang permainan apa yang akan kita mainkan nanti.

kwon nara

Kemudian, Park Seo-jun meneka bahawa mereka mungkin akan bermain permainan ‘Freeze Tag’. Mendengar kenyataan itu, Kwon Na-ra dengan risau berkata,

Saya sangat teruk berlari.

Kwon Na-ra mengimbas kembali adegan di mana dia berlari bersama Park Seo-jun dan Kim Da-mi dalam satu babak untuk “Itaewon Class”. Mengejutkan, apabila Park Seo-jun mendedahkan bahawa penggambaran untuk babak tersebut mengambil masa kira-kira 5 jam.

Sebagai respon, Park Seo-jun berkata,

Saya tak boleh lari dah selepas masa itu.

Kwon Na-ra menambah sambil ketawa,

Saya menangis.

Fuhh, siapa sangka babak kurang dari 1 minit itu sebenarnya mengambil masa hampir 5 jam untuk penggambaran!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...