Ikuti Kami:

“Saya Menangis..” – Ibu Bapa Tonton, Ahn Jaehong Ulas Babak Provokatif Dalam ‘Mask Girl’

“Saya Menangis..” – Ibu Bapa Tonton, Ahn Jaehong Ulas Babak Provokatif Dalam ‘Mask Girl’

Bukan sahaja teraju wanita, pelakon lelaki di dalam “Mask Girl” turut menjadi perhatian ramai.

Bagi menjayakan watak seorang lelaki ‘incel’ ataupun seorang yang mempunyai keinginan seksual pelik, Ahn Jae-hong dikhabarkan sanggup melakukan perubahan drastik pada penampilan dan fizikalnya.

Malah dia memerlukan masa selama 2 jam untuk bersiap sebelum penggambaran bagi mengubah warna kulit serta memakai rambut palsu,

Saya melakukan sebaik mungkin bagi menampilkan perspektif segar sebagai pelakon. Saya mahu memaparkan watak dengan ‘fikiran berbelit’ pada penonton.

ahn jaehong

Bukan itu sahaja, Ahn Jae-hong belajar beberapa perkataan Jepun bagi memaparkan watak seorang penggila anime negara itu dengan lebih realistik. Bahkan babak dia berborak dan berinteraksi bersama patung seks turut trending di laman atas talian selepas “Mask Girl” disiarkan.

Menurut lelaki yang melakonkan watak Jo Woo-nam itu, dia turut memberi amaran kepada kedua orang tuanya mengenai beberapa babak provokatif dalam drama itu sebelum ia diatayangkan. Namun Ahn Jae-hong mendedahkan yang dia hampir menangis apabila ibu bapanya mengucapkan ‘tahniah’ selepas menonton siri tersebut.

mask girl

Lelaki itu turut meluahkan rasa terkejut dan kagum apabila ada yang menanyakan sama ada drama ini merupakan naskhah perasaraannya. Ini kerana perubahan imej yang terlalu ketara ini membuatkan penonton tak menyangka yang Ahn Jae-hong sanggup membawanya.

Ditanya mengenai babak di mana dia membuka seluar lantas menampakkan bahagian belakang badannya, Ahn Jae-hong hanya tertawa dan memilih untuk mendedahkan sama ada babak itu dilakonkan sendiri atau dibantu pelakon ganti.

Bagi yang belum menonton, saksikan “Mask Girl” di Netflix kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...