Siapa sangka, lelaki kacak seperti Cha Eun-woo pun pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya.
Pada siaran 22 Mei program “Running Man”, ahli ASTRO Cha Eun-woo, Moon-bin, dan San-ha telah hadir sebagai tetamu.
Dalam episod itu, semua ahli dan tetamu bermain permainan di mana mereka perlu menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’ kepada soalan yang diajukan. Salah satu soalannya ialah,
Pernahkah awak dengan sedih merayu bekas kekasih untuk menerima awak kembali selepas ditinggalkan?
Mengejutkan semua orang apabila Cha Eun-woo menjawab ‘Ya’. Jun So-min kemudiannya terus bertanya,
Itu sangat mengejutkan. Siapa yang akan tinggalkan Eun-woo?
Apabila ditanya butirannya, Cha Eun-woo menjelaskan,
Ini pernah berlaku di sekolah menengah. Ada masanya saya pergi berjumpa dengan bekas kekasih saya kerana saya merinduinya.
Dia meneruskan,
Selepas saya pergi berjumpa dengannya, saya memberitahunya sambil menangis, ‘Mari kita berjumpa lagi’.
Ji Suk-jin bertanya,
Jadi apa yang dia katakan?
Cha Eun-woo mendedahkan,
Jadi kami mula berjumpa lagi.
Ohh…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.