Ikuti Kami:

“Saya Menangis Baca Komen..” – Kim Seonho Tak Sangka Kecap Populariti Kerana Han Jipyung Dalam ‘Start-Up’

“Saya Menangis Baca Komen..” – Kim Seonho Tak Sangka Kecap Populariti Kerana Han Jipyung Dalam ‘Start-Up’

Mengecapi populariti yang tidak disangkakan dek “Start-Up”, Kim Seon-ho mengakui bahawa dia tidak menyangkan menerima perhatian daripada orang ramai.

Baru-baru ini, lelaki itu telah menyertai temubual eksklusif bersama Sports Chosun selepas “Start-Up” menamatkan tayangan.

Meskipun pelakon itu sudah muncul dalam beebrapa drama sebelum “Start-Up”, namanya hanya mula meniti di bibir penonton kerana watak Han Ji-pyung.

Kata Kim Seon-ho,

Saya tak berlakon dalam mana-mana projek dengan jangkaan bahawa saya akan menjadi popular. Saya tak pernah membayangkan semua ini. Sehingga baru-baru ini, saya masih tak percaya yang ramai memberikan sokongan dan menunjukkan rasa minat terhadap saya. Saya mahu melakukan yang terbaik dalam ‘Start-Up’ kerana saya sukakan watak Han Ji-pyung.

kim seonho

Tambahnya lagi,

Sekitar episod terakhir ‘Start-Up’, banyak peminat yang akan meninggalkan komen di Instagram seperti, ‘Seon-ho, anda dah lakukan yang terbaik sekarang’. Membaca komen sedemikian selepas episod terakhir dan saya berasa sanagat tersentuh sehingga hampir menangis. Saya mempunyai banyak fikiran semasa bekerja untuk projek ini tapi saya mendapat semangat apabila menyedari ramai yang menyokong saya.

Ada sebab kenapa Kim Seon-ho begitu popular dalam kalangan peminat K-Drama kini kan? Bukan sahaja sebab persona watak Han Ji-pyung dalam “Start-Up” tapi kerana dia merupakan pelakon yang hebat dan mampu menghidupkan watak tersebut dengan caranya tersendiri. Setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...