Ikuti Kami:

“Saya Memang Dirahmati” – Luah Rasa Syukur, Rain Akui Kim Taehee Wanita Hebat

“Saya Memang Dirahmati” – Luah Rasa Syukur, Rain Akui Kim Taehee Wanita Hebat

Sukanya tengok pasangan bahagia Rain dan Kim Tae-hee kan?

Terbaru pada 7 Oktober, Rain telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube “Season B Season” bersama Kim Dae-ho.

Dalam video itu, Rain bertanya sekiranya Kim Dae-ho sedang bercinta dengan seseorang kini. Respon lelaki itu,

Sebenarnya, saya sukar untuk bercinta dengan wanita kerana saya cenderung melakukan sesuatu dengan cara saya.

Kemudian, Rain secara tidak langsung bercakap tentang isterinya Kim Tae-hee dengan berkata,

Suatu hari nanti, seorang wanita yang boleh mengubah sifat awak akan muncul. Walaupun saya melakukan sesuatu dengan cara saya sendiri, dia boleh menangani saya.

Sengaja ‘mengusik’ Kim Dae-ho, Rain meneruskan lagi dengan memuji isterinya dan terus berhenti selepas melihat reaksi lelaki itu,

Saya benar-benar rasa dirahmati kerana saya bertemu seseorang yang sangat hebat. Saya akan berhenti sekarang. Maaf.

Alala sweet betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...