Nampaknya kecantikan Jisoo BLACKPINK tiada tandingan.
BACA: “Dah Selesai Sesi Penggambaran” – YG Sahkan Jisoo BLACKPINK Akan Debut Solo Tahun Ini
Terbaru, majalan fesyen GQ KOREA telah mengeluarkan video Jisoo BLACKPINK sedang bermain permainan di akaun Instagram mereka.
Dalam video tersebut, Jisoo menunjukkan kecantikannya dengan solekan mata yang menawan dan kulitnya yang mulus.
Selain itu, dia juga bermain permainan imbangan dan dia memilih “Ambil 100 keping gambar orang lain” berbanding “Diambil gambar sebanyak 100 kali”
Penyanyi itu membalas,
Saya berasa lebih gembira apabila saya mengambil gambar orang lain. Itulah sebabnya semua orang mahu saya mengambil gambar.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, pihak produksi bertanyakan soalan kepada Jisoo adakah dia lebih sukakan pujian “Saya memang cantik” atau “Saya lebih kelakar“.
Penyanyi itu menjawab,
Saya mahu mendengar pujian “Saya memang cantik” sepanjang hayat saya.
Tak perlu puji pun takpe Jisoo. Sebab awak memang cantik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉