Ikuti Kami:

“Saya Memang Bagus Bercium” – Ji Changwook Dedah Persiapan Rakam Babak Ciuman

“Saya Memang Bagus Bercium” – Ji Changwook Dedah Persiapan Rakam Babak Ciuman

Peminat setia K-Drama pastinya akan tahu Ji Chang-wook merupakan salah seorang pelakon yang pakar dalam drama romantik!

Baru-baru ini, Ji Chang-wook telah muncul sebagai tetamu dalam program “Salon Drip 2” di YouTube dan ada berborak mengenai pelbagai perkara.

Dalam video itu, pengacara Jang Do-yeon menyatakan,

Kalau cari nama Ji Chang-wook di YouTube, 3 video teratas adalah adegan ciuman awak bersama Nam Ji-hyun dari ‘Suspicious Partner’, Ha Ji-won dari ‘Empress Ki’ dan babak mesra bersama Park Min-young dalam ‘Healer’. Semua gambar depan video itu sangat ‘panas’.

Respon pelakon lelaki itu dengan penuh rasa malu,

Saya sebenarnya bekerja lebih keras untuk perkara yang lain berbanding babak ciuman.

ji changwook

Sambung Ji Chang-wook lagi,

Sebenarnya, adegan ciuman itu mungkin menjadi cantik kerana saya memang bagus dalam bercium, tetapi itu betul. Lebih daripada itu, pasukan produksi juga berjaya mencipta mood tertentu dengan pelakon dan perkara-perkara seperti itu dengan baik. Seperti pencahayaan, muzik dan perkara lain yang menyumbang kepada ini.

Kemudian, dia turut mendedahkan persiapannya untuk melakukan penggambaran adegan ciuman dengan berkata,

Untuk adegan yang mempunyai tahap skinship yang tinggi, kami perlu menyeleraskannya. Mungkin meletihkan sekiranya ingin melakukan beberapa perkara secara tiba-tiba jadi, kami berbincang untuk melakukan dengan cara ini dan itu, melalui latihan yang kasar. Saya fikir babak ini lebih sukar dari adegan aksi.

Gitu Ji Chang-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...