Ramai yang teruja ingin menantikan tayangan drama baru Lee Kwang-soo bersama Lee Dong-wook iaitu “Divorce Insurance”.
Bagi mempromosikan drama berkenaan, tvN telah meriliskan klip di mana teraju utama iaitu Lee Dong-wook, Lee Joo-bin, Lee Kwang-soo dan Lee Da-hee bermain permainan bersama bagi menguji keserasian mereka.
Dalam satu klip, Lee Kwang-soo dilihat berlari ke arah pintu. Namun Lee Dong-wook menyoalnya,
Kenapa perlu berlari?
Lee Kwang-soo meminta maaf dan berkata,
Tak tahu, saya rasa mungkin sebab terbiasa dengan ‘Running Man’.
아 ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ 런닝만 안한지 좀 됐지만 직업병(런닝맨)때문에 무작정 뛰고 보는 이광수 ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ pic.twitter.com/h3HYPzk6zG
— 쌀강정 (@ricegangjeong) March 20, 2025
Balas Lee Dong-wook,
Dah berapa lama awak tinggalkan ‘Running Man’, masih teringat lagi.
Rindu kan Lee Kwang-soo dalam “Running Man”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.