Pasti bukan mudah kan buat keluarga dan teman rapat untuk berhadapan dengan pemergian pelakon Lee Sun-kyun..
Baru-baru ini, Gong Yoo iaitu rakan pelakon mendiang dari drama “Coffee Prince” telah memuat naik gambar hitam di Instagram, menggambarkan kesedihannya atas pemergian Lee Sun-kyun.
Tambahan pula, pelakon lelaki itu turut meletakkan lagu dari tahun 2006 oleh Nell berjudul “Limitation” dengan liriknya yang berbunyi,
Hakikat bahawa siapa saya,
Dan siapa yang awak perlukan saya adalah berbeza,
Bukankah sesuatu yang salah,
Ia bukan sesuatu yang perlu dimaafkan.Tapi kenapa awak selalu
Keras sangat ke saya macam tu?
Apa lagi yang saya boleh buat?Dari banyak perkataan dan banyak gerak isyarat,
Dan dari banyak ungkapan yang masuk ke dalam hati saya,
Saya hanyalah manusia yang lemah yang ketawa dan menangis,
Jadi apa lagi yang awak nak dari saya?
Saya tidak boleh memberi lebih daripada yang saya mampu,
Dan saya tidak akan meminta maaf untuk itu lagi.
View this post on Instagram
Selain itu, Gong Yoo juga telah memadam semua hantarannya di Instagram kecuali dua gambar termasuklah penghormatannya kepada mendiang Lee Sun-kyun.
Semoga terus kuat ya Gong Yoo..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.