Selepas RM dan V, Ji-min dan Jung-kook pula telah menamatkan khidmat tentera mereka.
Terbaru pada 11 Jun, Ji-min dan Jung-kook telah diberhentikan secara rasmi dari perkhidmatan ketenteraan wajib mereka, menjadi ahli kelima dan keenam BTS yang berbuat demikian.
Bukti kepulangan mereka dinantikan ramai, ribuan peminat telah berkumpul di depan bangunan HYBE dan bersorak sejurus selepas kedua idola itu keluar.
it’s been so long they’ve been in front of cameras,, THEIR GIGGLES PLS pic.twitter.com/7AzsIpPbiy
— jungkook admirer₇ (@dreamjeons) June 10, 2025
Memandangkan mereka berdua sudah lama tidak berada di hadapan kamera, peminat perasan bahawa Ji-min dan Jung-kook nampak sedikit malu. Malahan, Jung-kook sendiri mengaku,
Terima kasih kepada semua orang yang datang. Dah lama saya tak berada di hadapan kamera dan saya juga tak memakai apa-apa solekan hari ini jadi saya berasa sedikit malu.
Sementara itu, Suga adalah ahli terakhir yang akan menamatkan perkhidmatan tenteranya iaitu pada 21 Jun nanti.