Ikuti Kami:

“Saya Main Pingpong, Bola Tampar” – Nam Joohyuk Kongsi Suasana Di Set Drama ‘Twenty Five, Twenty One’

“Saya Main Pingpong, Bola Tampar” – Nam Joohyuk Kongsi Suasana Di Set Drama ‘Twenty Five, Twenty One’

Nam Joo-hyuk ialah antara pelakon yang hebat, kan?

Terbaru, Nam Joo-hyuk telah mendapat perhatian dek wataknya sebagai Baek Yi-jin dalam drama tvN “Twenty Five, Twenty One”, iaitu seorang wartawan sukan yang lulus dari sekolah menengah Na Hee-do (Kim Tae-ri). Dalam episod 8 drama tersebut, satu dialog dari watak Na Hee-do kepada Baek Yi-jin iaitu “I have to have you” (Saya perlu mendapatkan awak), telah menjadi topik hangat dalam kalangan penonton.

Ketika sesi temu bual selepas penggambarannya untuk majalah ‘Esquire’, Nam Joo-hyuk ditanya soalan tentang keadaannya ketika mengajak gadis keluar, dia menjawab,

Saya ajak mereka keluar semasa saya di tadika dan sekolah rendah. Jika saya menyukai seseorang, saya ajak mereka keluar. Dan saya juga telah diajak keluar oleh gadis-gadis yang menyukai saya. Jika anda menyukai seseorang, anda perlu menunjukkannya. Apa yang penting ialah anda boleh mencapai sesuatu hanya selepas anda mencubanya.

Pelakon itu turut bercerita tentang kesukaran yang dialaminya ketika berlakon, menurutnya,

Memandangkan saya banyak bekerja dalam drama remaja, saya mempunyai keinginan untuk menunjukkan sisi baharu diri saya. Dan itu membuatkan saya berasa lebih kecil. Jadi terasa lebih sukar untuk berlakon dalam projek ini. Tetapi saya menemui jawapannya selepas bercakap dengan pengarah dan rakan pelakon.

nam joohyuk twenty five twenty one

Nam Joo-hyuk juga menyebut betapa seronoknya dia di set penggambaran “Twenty Five, Twenty One” sambil berkata,

Saya bermain pingpong dan bola tampar dengan kakitangan. Walaupun saya mempunyai kebimbangan, suasana di set penggambaran sangat bagus sehingga selesa untuk berlakon.

Nam Joo-hyuk berlakon memang best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...