Utama Drama Korea “Saya Mahu Jaga Seol Inah, Dia Seperti Adik Bongsu” – Kim Mingyu...

“Saya Mahu Jaga Seol Inah, Dia Seperti Adik Bongsu” – Kim Mingyu ‘A Business Proposal’

seol inah kim mingyu

Tidak dapat disangkal bahawa pasangan kedua “A Business Proposal” iaitu Kim Min-gyu dan Seol In-ah mendapat sokongan padu daripada penonton.

Terbaru, Kim Min-gyu telah menjadi tetamu dalam program radio ‘SBS Power FM Park Ha-sun Cinetown’ di mana lelaki itu bersembang lebih mengenai hubungannya bersama Seol In-ah.

Mengenai keserasiannya bersama wanita itu, kata Kim Min-gyu,

Seol In-ah merupakan seorang yang lembut dan membuatkan saya mahu menjaganya. Dia juga sering gementar dek takut melakukan kesalahan semasa penggambaran. Dia juga merupakan seseorang yang banyak berfikir sekiranya ada lakonannya yang nampak pelik.

kim mingyu seol inah

Tambahnya lagi,

Seol In-ah selalu cedera. Sama ada terjatuh, dan situasi seperti itu selalu berlaku. Dia seperti seorang adik bongsu.

Hmmm.. memang rapat betul mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTV Daily
Loading...