Walaupun pemalu, Kim So-yeon sebenarnya ada sisi yang ‘daring’ tau!
Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah menjadi tetamu program “You Quiz On The Block” dan berkongsi pelbagai cerita mengenai kisah hidupnya sebagai anak seni. Antara topik hangat yang dibualkan ialah mengenai gaun seksi disarungnya ketika Festival Filem Antarabangsa Busan pada 2008,
Ketika berusia 24 dan 25 tahun, tiada siapa yang mencari saya. Saya ingatkan tuah akan berterusan pada umur yang baik itu. Saya kemudiannya belajar dari senior dan cuba mencabar diri dalam pelbagai genre lain.
Tambahnya,
Sebuah filem pendek yang dirakam ketika hiatus saya telah dijemput ke Festival Filem Antarabangsa Busan. Sudah lama saya tak muncul di khalayak ramai, jadi saya mahu memakai gaun cantik.
Ulasnya mengenai momen yang diingati hingga kini itu,
Mereka menunjukkan saya beberapa foto dan gaun itu sangat berahi. Saya menyarungkannya dengan yakin dan berfikir, ‘Mari jadikan ia isu hangat’ dan ‘Saya akan tunjukkan yang Kim So-yeon ada di sini’.
Isteri Lee Sang-woo ini mendedahkan bahawa dia terus menerima tawaran untuk menerajui “Iris” selepas festival ini. Bahkan, wanita itu mengakui berasa bersyukur kerana dapat merasai lagi kemanisan menerima tawaran berlakon.
Wow!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉