Makin giat menonjolkan bakat hebatnya selain menyanyi dan menari, rapper RM BTS baru-baru ini melancarkan episod terbaru dalam podcastnya, “Intersections”.
“Intersections” merupakan podcast yang menampilkan beberapa figura hebat dalam pelbagai episod di mana RM dan tetamu jemputan akan berbincang mengenai hasil karya seni.
RM dengan senang hati berkongsi mengenai kecintaannya terhadap karya seni, malah dia sebelum ini turut dilihat di beberapa muzium dan galeri seni. RM juga sering berkongsi melalui laman rasmi Instagramnya sendiri, beberapa koleksi seni peribadinya. Dalam episod terbaru podcast “Intersections”, RM berkongsi mengenai karya seni pertama yang dibelinya serta meluahkan hasrat dan impiannya pada masa akan datang. RM menyatakan bahawa dia bercadang untuk membuka satu pameran kecil di mana dia boleh mempamerkan koleksi karya seni peribadinya.
Dia turut berpendapat bahawa,
Orang Korea adalah sama seperti pelancong yang datang ke Korea. Kita tidak dapat melihat artis Korea yang hebat kerana tidak banyak muzium sekarang, tidak banyak galeri sekarang di Korea. Jadi saya mahu untuk membuat saya sendiri.
Tak sangka kan rupanya RM ni ada bakat dalam karya seni? Nampak je ‘macho’ tapi jiwa seni betul…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.