Ikuti Kami:

“Saya Lupa Prosesnya” – Lee Minho Lalui Uji Bakat Pertama Kali Dalam 13 Tahun Untuk ‘Pachinko’

“Saya Lupa Prosesnya” – Lee Minho Lalui Uji Bakat Pertama Kali Dalam 13 Tahun Untuk ‘Pachinko’

Ramai rasanya yang dah teruja nak menonton Lee Min-ho dalam “Pachinko” kan?

Terbaru, pelakon popular itu telah menyertai sebuah temubual bagi bercerita lebih mengenai wataknya di dalam siri Apple TV+ itu.

Meskipun merupakan pelakon terkenal, Lee Min-ho mendedahkan bahawa dia perlu menyertai sesi uji bakat untuk watak Han-su di dalam siri itu,

Sudah 13 tahun sejak uji bakat terakhir saya jadi saya hampir lupa prosesnya. Uji bakat bukanlah hanya proses untuk menunjukkan kemahiran lakonan tai ianya merupakan sesi untuk melihat sama ada ideologi dan perwatakan awak sama dengan watak dan sedalam mana awak memahami watak itu. Saya sukakan uji bakat kerana tak kisah jika awak selebriti ataupun tidak. Saya berpuas hati kerana ia merupakan proses yang membuatkan saya teringat diri yang dahulu.

lee minho pachinko

Mungkin kerana dirinya yang sering dikaitkan dengan putera berlagak dan kaya, Lee Min-ho sebenarnya bukanlah bintang yang dimahukan pihak produksi “Pachinko” pada asalnya. Katanya, uji bakat yang perlu dilaluinya sendiri iru membuktikan bahawa dia turut teruja untuk memperbaharui dirinya menerusi watak ini.

Lee Min-ho juga tidak takut untuk melakonkan watak antagonis dan menyatakan bahawa “Pachinko” ialah permulaan baru buat kariernya untuk 10 tahun akan datang.

Bukan itu sahaja, Lee Min-ho turut meluahkan kesukaran yang dialaminya memandangkan dia perlu mahir dalam tiga bahasa iaitu Korea, Inggeris dan Jepun kerana lumrah siri ini yang disasarkan untuk tontonan penonton antarabangsa.

Terdapat pelbagai kesukaran dalam bahasa. Saya sedar bukan senang untuk meluahkan emosi menerusi skrip yang ditulis dalam bahasa asing. Dan saya merasakan yang saya perlu memberikan usaha yang lebih. Semua orang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jadi ia adalah pengalaman baru buat saya kerana perlu berinteraksi dengan individu menggunakan bahasa Jepun dan Inggeris.

lee minho pachinko

Untuk pengetahuan, musim pertama “Pachinko” mempunyai 8 episod di mana 3 episod pertamanya akan bersiaran di Apple TV+ pada 25 Mac manakala episod selebihnya akan ditayangkan pada setiap Jumaat.

Teruja nak tengok Lee Min-ho bawa watak antagonis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...