Mesti ramai kan yang kenal Song Geon-hee menerusi “Lovely Runner”?
Baru-baru ini dalam satu temu bual, Song Geon-hee mendedahkan bahawa dia hampir berhenti untuk berlakon dan berehat sebentar dari dunia lakonan.
Luahnya,
Selepas ‘Joseon Attorney: A Morality’, ada satu tempoh yang saya rasa sedih. Saya rasa saya mengalami keletihan dan terperangkap dalam banyak pemikiran. Jadi, saya berniat untuk berehat sebentar dari kerja kerana saya dah kerja selama 4-5 tahun tanpa jemu dan saya fikir sudah tiba masanya untuk berehat.
Namun, semuanya berubah selepeas lelaki itu ditawarkan watak sebagai Kim Tae-sung dalam “Lovely Runner”,
Pada masa itu, saya bertemu dengan Tae-sung dan hati saya berubah. Ketika di hujung penggambaran, saya sedar bahawa saya seorang yang agak santai. Niat untuk berehat juga semakin pudar. Setiap kali saya bawa pelbagai watak, saya juga berkembang sedikit sebagai Song Geon-hee. Tae-sung beri saya bawa peluang untuk belajar banyak perkara.
Song Geon-hee memang pelakon berbakat kan?