Ikuti Kami:

“Saya Lempar Skrip” – Perlu Uji Bakat Untuk ‘Pachinko’, Reaksi Pelakon Veteran Youn Yuhjung Jadi Perdebatan

“Saya Lempar Skrip” – Perlu Uji Bakat Untuk ‘Pachinko’, Reaksi Pelakon Veteran Youn Yuhjung Jadi Perdebatan

Tak sabar rasanya nak saksikan siri Apple TV+ “Pachinko” yang bakal ditayangkan 25 Mac ini.

Sebelum tayangan, sudah pasti pelbagai cerita mengenai drama itu yang disampaikan oleh pelakon utamanya. Antara kisah yang menarik perhatian ramai ialah apabila pelakon veteran Youn Yuh-jung berkongsi bahawa dia perlu menjalani uji bakat untuk siri berkenaan,

Saya tak faham mengapa saya perlu menjalani uji bakat selepas berpuluh tahun berlakon. Memang saya pernah mendengar mengenai budaya uji bakat di Amerika Syarikat tapi orang Korea tak biasa dengannya.

youn yuhjung pachinko

Tambahnya,

Jikalau saya lalui uji bakat dan mereka berkata, ‘Saya tak rasa awak sesuai untuk watak ini’, industri kita akan bercakap bahawa ‘Youn Yuh-jung gagal uji bakat’. Saya tak boleh kehilangan karier selama 50 tahun kerana satu watak ini sahaja, jadi saya lempar 8 skrip di hadapan pintu masuk. Kemudian mereka menjemput saya, jadi saya lakukannya.

Lee Min-ho juga ada berkongsi sebelum ini bahawa dia juga perlu menjalani uji bakat meskipun sudah 17 tahun berlakon,

Saya tahu terdapat 6 pusingan uji bakat tetapi saya hanya menyertai pada pusingan ke-4.

youn yuhjung pachinko

Mendengarkan luahan Youn Yuh-jung, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Ada yang mengatakan bahawa pelakon senior itu tidak sepatutnya menjalani uji bakat dek reputasinya namun ramai juga yang merasakan kelakuannya melempar skrip tanda protes merupakan tindakan yang keterlaluan.

Antara komen mereka,

Saya tak rasa kedua-dua pihak bersalah. Produser yang meminta uji bakat atau Youn Yuhjung menolaknya. Kalau memang perlu uji bakat, tidak salah untuk memintanya dan sekiranya dia tak mahu lakukan, tiada salah untuk menolaknya.

 

Saya rasa uji bakat bukan isu yang besar, terutamanya jika mahu pastikan dia bersesuaian dengan watak itu.. Perlu ke sampai lempar skrip?

 

Tapi bukan kah ada prosedur bagi semua ini?

 

Mengikut statusnya, dia sepatutnya ditawarkan watak bukannya menjalani uji bakat untuknya.

 

Boleh sahaja sekiranya dia buat tidak tahu dan menolaknya.. tapi melemparnya? Macam keterlaluan sahaja..

 

Ada pangkat ke untuk lalui uji bakat? Ada ke yang macam terlalu bagus untuk laluinya?

 

Bukan kah semua pelakon di Hollywood perlu menjalani uji bakat?

 

Saya merasakan mereka memandang rendah terhadapnya meskipun dia ada 50 tahun pengalaman.

pachinko apple tv+

Apa pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...