Ikuti Kami:

“Saya Lemah..” – Dikritik Dikecualikan Dari Ketenteraan, Na Inwoo Buat Pengakuan Sebenar

“Saya Lemah..” – Dikritik Dikecualikan Dari Ketenteraan, Na Inwoo Buat Pengakuan Sebenar

Na In-woo, yang akan muncul dalam “Motel California” mulai 10 Januari, bercakap mengenai pengecualian penuh daripada perkhidmatan wajibnya.

Pelakon lelaki itu secara jujur mengakui bahawa dia terkesan dek perbincangan berterusan mengenai hal berkenaan. Dalam sidang media itu, dia menjelaskan dengan lebih lanjut selain meminta maaf kerana membawa isu peribadi dalam acara rasmi.

Sebelum ini, Na In-woo menerima status simpanan selepas menjalani pemeriksaan fizikal wajibnya. Dia telah ditugaskan sebagai pekerja perkhidmatan awam untuk tentera, tetapi tidak dipanggil untuk perkhidmatan oleh Pentadbiran Tenaga Kerja Ketenteraan selepas tiga tahun menanti panggilan. Akhirnya, dia mendedahkan sebab pengecualian tersebut adalah kerana keadaan kesihatannya.

Menurut pelakon itu, dia mengetahui mengenai pengecualian penuh daripada perkhidmatan wajib semasa tengah menjalani penggambaran. Dia berkongsi bahawa dia enggan bercakap mengenainya dengan sesiapa kerana ia adalah topik yang sangat sensitif. Dia tidak mahu mendedahkan sebab pengecualian itu dan “memilih untuk berdiam diri” kerana baginya, “ramai orang menyukai sisi ceria dan positif saya, jadi saya tidak mahu menunjukkan sisi saya yang lemah.”

na inwoo

Apabila Na In-woo diminta memberi komen mengenai isu ini semasa sidang media “Motel California”, dia memulakan dengan permohonan maaf kepada pasukan dramanya kerana bercakap mengenai hal peribadi dalam acara rasmi. Spekulasi yang semakin meningkat mengenai dia menerima keistimewaan khas kerana menjadi pelakon mungkin telah mendorongnya untuk akhirnya bercakap tentang isu yang dia cuba elakkan selama mungkin.

Walaupun dia menyebut kesihatannya sebagai punca pengecualian daripada perkhidmatan wajib, dia tidak mahu mendedahkan tahap kemerosotan kesihatannya. Dia berkata,

Saya tidak mahu mendedahkan nama penyakit saya. Ia adalah perkara peribadi. Tetapi saya bercakap sejujur mungkin dengan harapan orang akan melihat situasi ini sebagaimana adanya.

Tak baik tau tuduh Na In-woo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...