Ikuti Kami:

“Saya Lebih Sukakan EXO Dari Bercinta” – Park Jihu Dari ‘All Of Us Are Dead’

“Saya Lebih Sukakan EXO Dari Bercinta” – Park Jihu Dari ‘All Of Us Are Dead’

Selepas “All Of Us Are Dead” meletup, kesemua pelakon siri berkenaan terus dikejar wartawan bagi mendapatkan info lanjut mengenai mereka.

Park Ji-hu yang merupakan pelakon utama drama zombi itu merupakan antara nama yang menjadi sebutan ramai kini.

Meskipun merupakan seorang pelakon popular kini, namun gadis itu terus memperakui cintanya terhadap kumpulan idola popular iaitu EXO sejak dahulu lagi.

exo

Apabila ditanya sama ada dia masih menyukai kumpulan itu, Park Ji-hu mengakui bahawa menyukai EXO adalah lebih baik daripada bercinta,

Berapa puluh tahun berlalu pun, saya merasakan bahawa EXO akan terus berada di dalam hati saya. Saya merasakan bahawa perhubungan kami adalah seperti keluarga kini.

Malah gadis itu pernah meluahkan harapan untuk berlakon dengan D.O. atau Do Kyung-soo sebelum ini,

Sehingga kini, saya merasa amat bermakna sekiranya saya dapat berlakon bersamanya. Saya terdengar baru-baru ini bahawa dia akan terajui filem ‘Secret’. Suatu hari nanti sekiranya ada peluang, apabila saya membesar dan lakonan saya lebih membaik, saya akan gembira sekiranya dapat melakukan naskhah seperti itu bersamanya.

park jihu exo

EXO-L sejati okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...