Korang dah sedia ke nak tengok filem “Decibel” nanti?
Terbaru, satu sesi sidang media bagi filem “Decibel” diadakan di CGV Yongsan I-Park Mall di Hangangro-dong, Seoul pada 7 November lalu. Turut hadir bersama adalah pengarah Hwang In-ho, pelakon Kim Rae-won, Lee Jong-suk, Jun Sang-hoon, Parl Byung-eun, Lee Sang-hee, Goo Sung-hwan dan Cha Eun-woo.Buat yang belum tahu, “Decibel” merupakan filem aksi yang mengisahkan mengenai pereka bom, (Lee Jong-suk) yang cuba menjejaki bom dalam pusat bandar yang akan meletup jika ada sebarang bunyi kuat berlaku. Dalam pada itu, bekas timbalan komander Tentera Laut, (Kim Rae-won) menjadi sasaran untuk keganasan yang berlaku.
Dalam sidang media tersebut, Kim Rae-won sempat berkongsi,
Apabila saya membaca skrip itu buat pertama kali, saya sedar akan ada beberapa babak berbahaya. Saya terus berbincang dengan pengarah mengenai babak kemalangan ringan yang ingin dilakukan dengan CG.
https://twitter.com/decibel2022/status/1589754853768990720
Dia juga menambah,
Selepas hadir ke set penggambaran, saya berbincang lagi bersama pengarah. Saya beritahu dia bahawa saya mahu membuat aksi ‘stunt’ sendiri supaya ia akan tampak lebih ‘real’. Saya sebenarnya lebih berpuas hati dengan babak yang saya lakonkan tanpa ‘stuntman’ ataupun CG.
https://twitter.com/mtn_star_news/status/1589848762578784256
Nantikan “Decibel” pada 16 November ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.