Sejak “My Liberation Notes” ditayangkan, nama Son Suk-ku terus meniti di bibir peminat K-Drama.
Bukan sahaja siri melodrama itu, filem “The Roundup” pun turut menaikkan namanya sebagai pelakon versatil dek lakonan antagonis yang hebat.
Disebabkan ini, sisi yang pelbagai Son Suk-ku iaitu Mr. Gu dan Kang Hae-sang ini membuatkan dia menjadi pelakon yang disukai ramai kini. Malah temubual lama berkaitan lelaki itu terus tular di serata media sosial kerana ramai yang mahu mengetahui lebih mengenainya.
Terbaru, peminat menyebut mengenai pendapatnya tentang perhubungan dan perkahwinan dalam temubual untuk filem “Nothing Serious”.
Katanya,
Saya percaya yang saya perlu jujur apabila dalam perhubungan. Saya merupakan seorang yang lebih romantik berbanding Woo-ri (nama wataknya).
Kongsinya lagi,
Semakin saya tua, saya menyukai hubungan yang lebih realistik. Saya tak tefikir untuk bercinta lagi kini.
Namun dia mengakui mempunyai impian mengenai perkahwinan.
Saya mahu berkahwin dan ada anak. Secara realistik, saya di usia di mana saya boleh menggalas tanggungjawab itu. Saya mempunyai imaginasi yang samar-samar mengenainya.
Siapalah wanita bertuah itu?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.