Baru-baru ini, Lee Min-ho telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block” dan bercerita tentang pelbagai perkara.
Selain bercakap tentang projek lakonannya, Lee Min-ho turut mendedahkan bahawa dia pernah menerima tawaran untuk menjadi idola di bawah SM Entertainment. Kongsinya,
Saya telah dipilih oleh SM sebanyak tiga kali di sekolah menengah tetapi saya tiada bakat menari atau menyanyi, jadi saya fikir ‘Mengapa saya kena melakukan ini?’.
Jelas Lee Min-ho lagi,
Saya telah melakukan apa yang diberitahu dan apabila saya menari di hadapan kamera, mereka berkata ‘Awak tak pandai menari tetapi awak ada deria irama.’ Dia meminta nombor ibu bapa saya jadi sejak itu, saya terus melarikan diri.
Sementara itu, Lee Min-ho akan menemui penonton dalam drama barunya “When The Stars Gossip”, mula disiarkan pada 4 Januari nanti.
Korang boleh bayangkan tak kalau Lee Min-ho jadi idola?