Akhirnya Song Hye-kyo bakal membuat kemunculan di rancangan “You Quiz On The Block”!
Dalam previu yang dikongsi untuk episod akan datang itu, Yoo Jae-suk dilihat memuji wanita berkenaan,
Awak sangat terus terang! ‘Song jujur’ tiada berpusing-pusing.
Yoo Jae Suk menyebut tentang ucapan kemenangan Song Hye Kyo di Anugerah Siri Blue Dragon tahun lalu di mana dia memuji dirinya sendiri dengan berkata ‘Awak dah buat yang terbaik, Hye-kyo’. Jelas wanita itu,
Saya berhak untuk memuji diri saya sendiri.
Akhirnya, Song Hye-kyo mendedahkan bahawa dia akan berkongsi kisah jujur untuk pertama kalinya selepas 23 tahun,
Sebagai wanita, manusia, dan pelakon Song Hye-kyo, saya telah mengalami masa yang sukar dan juga masa yang bahagia.
Para netizen di media sosial dan portal memberikan reaksi seperti,
- Masih sangat cantik.
- Pelakon yang berbakat dan banyak melakukan kebajikan.
- Tak sabar tengok Song Hye-kyo di rancangan hiburan.
- Mempunyai ramai kawan wanita adalah lebih menarik.
- Gaya rambut pendek sangat sesuai dengannya.
Tak sabar nak tengok episod tu nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.